Wordless Wednesday (Alpukat)

image

Share

Bantuan Daripada UK Microsoft Support

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

Setelah buntu dan gagal untuk mengaktifkan Windows 7 product key, aku mengambil keputusan untuk meminta bantuan Microsoft Support. Setelah belek-belek dalam google, aku terjumpa ruang tempat untuk aku adukan masalah aku ini tanpa mengetahui aduan aku sebenarnya pergi ke Microsoft Support yang bertempat di UK.

 

Kita boleh berhubung dengan Microsoft Support setempat (misalnya di Malaysia) dengan tiga cara

 

Pertama: Mengadukan masalah melalui telefon.

Kedua : Menggunakan khidmat chatting

Ketiga : Berhubung melalui email.

 

Aku memilih cara yang ketiga iaitu berhubung melalui email. Email akan dibalas sehari waktu bekerja. Setelah menghantar borang masalah kepada pihak Microsoft Support, Microsoft akan menghantar email (dihantar oleh sistem) yang meminta si pengadu melakukan sesuatu iaitu menghantar data berkaitan sistem komputer untuk rujukan. 

Kes aku disiasat oleh Pegawai bernama Saransh Sandhu yang memang mesra dan bagus layanannya
 

Berikut adalah antara barisan awal email yang dihantar oleh beliau.  

Dear Ladfe,

Thank you for choosing Microsoft Online Support Service for Windows. My name is Saransh Sandhu and I will be assisting you with this Service Request # 1168511791.From the information provided in your email, I understand that you are not able to activate the Windows 7 and get an error message "0xC004C008: The activation server determined that the specified product key could not be used".

 

As per the error code, this issue may occur if the KMS key has exceeded the activation limit. KMS keys will activate up to 10 times on six different computers. Also it may be caused if the user used a pirated key then he wants to change it to his real activation key.

We will first start with the basic troubleshooting steps.

 

Here are few steps that should help us resolve the problem: 

Important: As per the contact number you belong to Malaysia and we are from the UK Support, so while creating the case by mistake you have selected UK from the list; however please don’t worry, as we are more than happy to help you.

 

I would like to get some information regarding your system which will be useful for us in resolving the issue in an efficient…….

 

Setiap pertanyaan beliau , aku jawab dengan cemerlangnya. Beliau sendiri memujinya. Berikut adalah antara soalan dan jawapan yang diberikan.

ü  Click on Start->Type Run we will get RUN in the list open it and type msinfo32 and click OK. This will open System Information

Now Click on File->Export. Provide file name and save on desktop.

Answer :  Already done, please see attachment for more detail

ü  Is the computer connected to a home group or a network or a domain?

Answer: Connected to home group.



ü  Have you made any software or hardware changes on the computer recently?

Answer:
Hardware : I replace  Processor from AMD Athon II x2 245 to new AMD Phenom II x4 960
               : Change new Power Supply Unit

Software : Replace Microsoft Windows 7 Home Premium 32bit OEM version to Microsoft Windows 7 Ultimate 64bit

ü  Since how long you are using the Windows 7 on the computer?

Answer : using Microsoft Windows7  Home Premium 32bit OEM last 2 years.
             
               using this Microsoft Windows 7 Ultimate not less than ONE WEEK

ü  Have you performed an upgrade installation or clean installation {i.e. Custom (Advanced)}?

Answer : Clean Installation


ü  Is it an Upgrade Package of Windows 7 or a Full/Clean Installation Package?

Answer : Full/clean Installantion Package.


ü  On how many computers you are using the same product key?

Answer : Just one (this computer)

ü  Is it a 3 computer license product key or a 1 computer product key?

Answer : 1 computer product key

Beliau turut bertanyakan produk key yang gagal diaktifkan serta no telefon aku untuk dihubungi.

 

Panggilan Dari UK Microsoft Support

 

Kira-kira pukul 18:00 hari rabu, aku mendapat panggilan telefon daripada beliau. Tidak dinafikan, aku faham setiap butir kata-kata beliau cuma ada kekeliruan pendengaran lebih-lebih lagi melibatkan nombor.

Manakala beliau nampaknya tidak begitu memahami kata-kata aku yang sememangnya gagal untuk berkata-kata dengan fasih dalam bahasa inggeris. Kerana itulah pentingnya Support yang datang daripada negara sendiri (Malaysia ada Microsoft Support Malaysia). Tapi beliau cuba juga untuk memahami setiap kata-kata yang keluar dari mulut aku.

 

Penyebab Masalah

 

Antara sebab yang disyaki adalah penggunaan key product yang sudah sampai ke tahap maksimum. Key product ada limit penggunaannya.

Sebagai contoh… OEM versi hanya boleh digunakan oleh satu komputer sahaja. Bertukar hardware, akan menyebabkan ianya menjadi tidak valid.Manakala Retail versi, ia boleh melibatkan hingga 3 ke 6 komputer.

Sebenarnya aku turut mencipta masalah kerana aku membeli key product dari tempat yang tidak diiktiraf oleh Microsoft. Teruk juga aku dileter oleh Saransh Sandhu. Namun beliau berjanji akan membantu aku menyelesaikan masalah kerana ternyata aku menjadi mangsa penipuan

Asalkan

Aku tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Beliau kemudian berbincang dengan manager beliau dan seterusnya bersetuju untuk memberikan aku satu Retail key produk Windows 7 Ultimate kepada aku. Sudah pasti aku berjaya mengaktifkan key produk tersebut.

Selesainya satu masalah dan aku memang terhutang budi dengan beliau ( Saransh Sandhu ). Walaupun masalah yang sebenar bermula daripada aku, bahkan aduan yang tidak sepatutnya ditangani oleh beliau.. beliau masih membantu aku menyelesaikan masalah yang berkaitan.

Kerana terharulah, post aku kali ini aku tujukan untuk beliau. Terima kasih mr. Saransh Sandhu

 

Share

Ditipu Gara-gara Produk Key Yang Murah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Gara-gara Produk Key Yang Murah

Gara-gara Produk Key Yang Murah

Baru-baru ini aku membeli Product Key untuk Microsoft Windows Ultimate secara murah di internet. Memandangkan aku keberatan untuk menggunakan Windows 7 cap lanun, jadi aku berusaha untuk mencari Microsoft Windows 7 yang baru.

Setelah semak-semak dengan pakcik Google, aku pun berminat untuk membeli Key Produk di laman web www.windows7freedownload.org. Dari pemerhatian aku, barangkali ianya membuat jualan diskaun pada kadar potongan sehingga 90% (harga asal sehingga usd399.00 ) tetapi aku terlupa untuk semak sebarang feedback atau review yang baik. Perkara ini aku sedari dan ingat hanya setelah aku membeli produk key daripada laman web ini.

Ternyata ada masalah selepas aku cuba mengaktifkan ‘activation’ Microsoft Windows 7 tersebut. Berkali-kali aku mencubanya, tetapi masih lagi tidak berjaya activate Microsoft Windows 7 yang aku install.

Masalah aku acukan kepada admin website tersebut dan pada masa yang sama aku turut berusaha mencari jalan penyelesaian dengan bantuan pakcik google. Setelah berhari-hari bercuti (tahun baru dan krismas), barulah ada reply daripada admin website tersebut iaitu beliau memberikan satu lagi produk key untuk dicuba.

Masalah yang sama tetap timbul iaitu Microsoft Windows tetap gagal untuk diaktifkan. Setelah aku semak kembali di google, berikut adalah sedikit sebanyak punca dan penyebab ianya gagal diaktifkan.

Windows 7 activation error: 0xC004C008

If you receive error “0xC004C008″ when trying to use Windows 7 online activation, it could be for one of the following reasons:

Your computer’s hardware has been changed.

Windows 7 was reinstalled on the same computer.

Your Windows 7? product key was transferred from another computer.

The ?Windows 7 product key that you’re trying to use has already been used on the maximum number of computers that your license allows.

Buntu dengan kejadian ini, aku memohon bantuan dengan Microsoft Support Team. Disebabkan tiada punca hala, aku termasuk ke laman web Microsoft negara UK dan terhantar report masalah kepada bahagian Microsoft Support UK.

(Yang terjadi seterusnya akan diceritakan di post yang akan datang)

Share
1 2 3 4 5 47 48

Switch to our mobile site