Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Baru-baru ini aku membeli Product Key untuk Microsoft Windows Ultimate secara murah di internet. Memandangkan aku keberatan untuk menggunakan Windows 7 cap lanun, jadi aku berusaha untuk mencari Microsoft Windows 7 yang baru.
Setelah semak-semak dengan pakcik Google, aku pun berminat untuk membeli Key Produk di laman web www.windows7freedownload.org. Dari pemerhatian aku, barangkali ianya membuat jualan diskaun pada kadar potongan sehingga 90% (harga asal sehingga usd399.00 ) tetapi aku terlupa untuk semak sebarang feedback atau review yang baik. Perkara ini aku sedari dan ingat hanya setelah aku membeli produk key daripada laman web ini.
Ternyata ada masalah selepas aku cuba mengaktifkan ‘activation’ Microsoft Windows 7 tersebut. Berkali-kali aku mencubanya, tetapi masih lagi tidak berjaya activate Microsoft Windows 7 yang aku install.
Masalah aku acukan kepada admin website tersebut dan pada masa yang sama aku turut berusaha mencari jalan penyelesaian dengan bantuan pakcik google. Setelah berhari-hari bercuti (tahun baru dan krismas), barulah ada reply daripada admin website tersebut iaitu beliau memberikan satu lagi produk key untuk dicuba.
Masalah yang sama tetap timbul iaitu Microsoft Windows tetap gagal untuk diaktifkan. Setelah aku semak kembali di google, berikut adalah sedikit sebanyak punca dan penyebab ianya gagal diaktifkan.
Windows 7 activation error: 0xC004C008
If you receive error “0xC004C008″ when trying to use Windows 7 online activation, it could be for one of the following reasons:
Your computer’s hardware has been changed.
Windows 7 was reinstalled on the same computer.
Your Windows 7? product key was transferred from another computer.
The ?Windows 7 product key that you’re trying to use has already been used on the maximum number of computers that your license allows.
Buntu dengan kejadian ini, aku memohon bantuan dengan Microsoft Support Team. Disebabkan tiada punca hala, aku termasuk ke laman web Microsoft negara UK dan terhantar report masalah kepada bahagian Microsoft Support UK.
(Yang terjadi seterusnya akan diceritakan di post yang akan datang)


Sudah menjadi masalah apabila ditipu.
[Reply]
ladfeamir Reply:
January 7th, 2012 at 01:37
@akubiomed,
satu pengalaman yg berguna dan boleh dijadikan satu pengajaran
[Reply]
Microsoft Windows Ultimate camana xleh nak install,cuba google lagi
[Reply]
ladfeamir Reply:
January 7th, 2012 at 01:37
@stiejaa,
windows 7 boleh install..cuma nak aktifkan kepada genuine yg tak boleh.
[Reply]
kalau aku pun dah pasti buntu ni
aku tunggu cerita seterusnya
[Reply]
ladfeamir Reply:
January 7th, 2012 at 01:36
@tehr,
setiap masalah perlu dirujuk kepada yg pakar. Alhamdulillah..dah post dah cerita selajutnay.
[Reply]
sebab tu aku tak suka beli produk key online ni. Kekadang..aku ragu-ragu dari mana diorang dapat..
[Reply]
ladfeamir Reply:
January 19th, 2012 at 17:19
@titan,
sudah terjerat..nampaknya ianya takkan berulang lagi
[Reply]
Kebanyakan diorang ni beli retail copy, sebab tu jadi camtu. Paling penting dapat pengajaran berguna…
[Reply]
ladfeamir Reply:
January 19th, 2012 at 17:18
@shraqs,
tak sangka pula akan timbul masalah sebegini. mmg ianya akan dijadikan pengajaran berguna utk dikongsi
[Reply]