Categotry Archives: INFO

Ditipu Gara-gara Produk Key Yang Murah

Ternyata ada masalah selepas aku cuba mengaktifkan ‘activation’ Microsoft Windows 7 tersebut. Berkali-kali aku mencubanya, tetapi masih lagi tidak berjaya activate Microsoft Windows 7 yang aku install.

Share

Review Dan Ulasan Filem Transformers 3:Dark Of The Moon

Filem Transformers 3: Dark Of The Mood ini memang sebuah filem yang hebat. Penuh dengan CGI yang mampu memukau mata lebih-lebih lagi apabila menontonnya secara 3D. Ada beberapa plot atau yang membosankan lebih-lebih lagi jika ianya membabitkan Sam Witwicky dan kekasihnya. Babak peperangan di Chicago memang buat semua penonton melekat di kerusi masing-masing.

Saranan aku, jika korang ingin ke tandas, lakukan ia pada babak di mana Sam bergaduh dengan kekasihnya dan pastikan ‘urusan’ korang selesai dengan cepat. Kerana babak yang lain juga adalah penunjuk jalan cerita seterusnya.

Walaupun ianya filem yang hebat, aku masih merasakan ianya masih belum cukup untuk meninggalkan impak yang ketara. Masih ada sesuatu yang hilang dalam filem hebat ini. Babak yang sepatutnya sedih seperti kematian Ironhide dan letupan kapal angkasa yang membawa Autobot ditembak hingga meletup tidak terasa dan nampak kesedihannya. Muka Sam pun selamba aje.

Masuk pawagam, enjoy dengan filem ini kemudian korang akan melupakannya beberapa hari kemudian kecuali bagi aku yang menulis review ini sejak 3 hari yang lepas.

Share

Smartphone Samsung I9100 Galaxy S II Terhebat Di Pasaran

Beberapa hari yang lalu Samsung telah melancarkan smartphone yang dinanti-nantikan oleh banyak pihak iaitu Smartphone Samsung I9100 Galaxy S II bertempat di Mid Valley.

Khabarnya sudah ada yang berbaris seawal 2 pagi, barisan semakin panjang sebaik sahaja kaunter pameran mula dibuka. Seramai 300 orang pembeli pertama yang turut melanggan pakej data bersama Maxis diberi penjimatan harga iaitu harga RM799

Smartphone Samsung I9100 Galaxy S II diletak pada harga permulaan iaitu rm2099.00 iaitu sama dengan harga permulaan SE Xperia Arc, jauh lebih murah berbanding pesaingnya iaitu rm2299.00 iaitu HTC Sensation.

Share
1 2 3 4 5 14 15

Switch to our mobile site